Wednesday, July 9, 2008

Rescue 999

Tonton Video Talian Kecemasan 999

RESCUE 999 DAN KONTIGENSI PLAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Am:
1. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mula dikenali umum melalui perkhidmatan RESCUE 991 dan bermula 2 Oktober 2007 Perkhidmatan RESCUE 999 diperkenalkan. RESCUE 999 terdiri dari 2 Komponen utama) Talian Kecemasan 999) Skuad 999 (Kenderaan & Anggota)

OBJEKTIF RESCUE 999
- Melaksanakan tugas sebagaimana yang diperuntukan didalam Akta 221(Akta Pertahanan Awam 1951)
- Membantu mangsa-mangsa bencana,kemalangan atau dalam kesusahan-- Meningkatkan lagi taraf kemahiran anggota-anggota
- Menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi lain

TUGAS RESCUE 999
Terdapat 4 tugas utama dalam perkhidmatan Pertahanan Awam(Civil Defence) iaitu:
-Kerja-kerja menyelamat mangsa
-Bantuan kecemasan Pertolongan Cemas, First Responder
-Perkhidmatan Ambulan dan pengangkutan mangsa dari lokasi kejadian ke Hospital
-Bantuan memadam kebakaran

SEMPADAN TUGAS
Tiada sempadan bertugas kenderaan dan anggota Pertahanan Awam. Mana-mana kenderaan dan anggota boleh digerakkan sekiranya berlaku kemalangan atau bencana besar yang memerlukan kelengkapan dan tenaga yang banyak

0 comments: