Tuesday, July 29, 2008

Plan Menyelamat

Tujuannya:
Untuk mengetahui dan mempelajari bagaimana peringkat-peringkat kerja menyelamat dijalankan. Semuga kita tidak melakukan kesilapan atau kecuaian dalam melakukan “Operasi”. Di samping itu dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

SEKSYEN PENYELAMAT :
Untuk menyelamat bilangan jiwa yang maksima dalam masa yang singkat.
Ianya merupakan satu skuad 8 orang yang berkerja 8 jam dalam satu-satu masa.


FUNGSI :
a)Menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
b)Memberi pertolongan cemas.
c)Membuat penahan/penyokong pada struktur bangunan yang merbahaya atau menghalang lalu-lintas.
d)Merobohkan bangunan yang runtuh untuk memudahkan kerja-kerja.
e)Membersihkan/mengalih bahan-bahan runtuhan di jalanraya dan sebagainya.
f)Membaiki secara kecemasan kemudahan awam.
g)Mendapat dan mengeluarkan mayat-mayat.


PELAN PENYELAMAT :
BAGI MENENTUKAN KEJAYAAN SESUATU KERJA-KERJA MENYELAMAT ITU TERTAKLUK KEPADA :
1. PENILAIAN YANG PANTAS KEPADA KEDAAN SEMASA SESUATU KEJADIAN.
2.RANCANGAN KERJA YANG SISTEMATIK


RANCANGAN / PANDUAN PENYELAMAT.
A)A)Tinjauan Awal
- Untuk mendapat penilaian sebenar berhubung
i)Bilangan Mangsa.
ii)Tempat mangsa di jangka berada.
iii)Faktor yang di jangka mengancam keselamatan seperti gas.
iv)Keadaan dinding atau tembok runtuhan
v)Banjiran di ruang bawah
vi)Wayar letrik.
- Kecekapan anggota meninjau setiap kawasan yang di arah, terutama kawasan yang luas kerana Ketua terpaksa memberi tumpuan kepada kawasan dan anggota.
B)MakluB)mat
-Maklumat awal dari Warden yang meronda.
-Saksi-saksi yang boleh di percayai seperti pegawai polis, saudara-mara, jiran dan lain-lain.
-Maklumat kawasan yang di jangka mangsa jadikan tempat perlindungan atuau berkumpul.
C) Permerhatian
-Ketua Kumpulan akan memastikan peninjauan semula di lakukan.
-Pemerhatian cermat bagaimana runtuhan berlaku, Kedudukan bahagian kemungkinan ada mangsa tercedera seperti tangga, lif, bilik air dan lain-lain.
-Kerja-kerja menyelamat akan bertambah sukar, huru-hara dan kegelapan jika keadaan gambaran sebenar tidak di perolehi.
- Gerakan teratur dalam perancangan misti di ikuti.
-Ketenangan, ketabahan, keberanian dan pengalaman serta latihan menjadi penentu.
-Anggota penyelamat misti berkerjasama, jangan memberi tekanan dan gangguan kepada ketua seperti :
-i) Jangan soal pekara yang tidak perlu.
-ii) Beri pendapat sekiranya perlu.
-iii) Mendengar arahan.
-Iv) Berkerjasama dan sentiasa siap sedia semasa di kehendaki.

D) Penyelamat Mengikut Peringkat
-Tiada peraturan tetap oleh ketua.
-Kerja di lakukan mengikut peringkat supaya perkara mustahak tidak terlupa.
-Memberi penilaian dan mengatur tindakan sewajarnya.
-Perinsip peninjauan di lakukan pada setiap peringkat kerja-kerja penyelamat dari awal hingga akhir.

**PERINGKAT 1
BERHADAPAN DENGAN MANGSA-MANGSA YANG CEDERA RINGAN DI PERMUKAAN.
-Tanggung-jawab ahli Warden, ambulan dan pertolongan cemas.
-Penyelamat bersedia terutama kapada mangsa yang memerlukan pemerhatian segera.
-Keutamaan diberi kepada mangsa kritikal.
-Ketua kumpulan membuat peninjauan cepat meliputi tempat kerosakan, mendapat dan merekodkan semua maklumat dan jangkaan tepat jumlah mangsa yang cedera dari masa kecemasan.

**PERINGKAT 2
MENYELAMAT SERTA MERTA DAN MEMGELEDAH
BANGUNAN ROSAK RINGAN.
-Mengeluarkan mangsa terperangkap dan cedera ringan.
-Mengeledah bangunan dan rawatan pertolongan cemas pada mangsa yang cedera.
-Mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
-Gunakan laluan yang selamat.
-Awasi ancaman api, letupan gas, retakan dan lain-lain.
-Anggota Penyelamat dilarang “MEROKOK”.
-Pengeledahan bermula dari tingkat bawah.
-Periksa setiap ceruk, sudut serta tempat yang dikuatiri mangsa jadikan tempat perlindungan.


**PERINGKAT 3
MEMERIKSA TEMPAT-TEMPAT YANG BERKEMUNGKINAN TERDAPAT MANGSA TERSELAMAT.
-Periksa tempat yang dijangkakan ada mangsa berlindung seperti struktur bangunan yang kukuh, almari,tangga,ruang bawah dan lain-lain.
-Andaian adalah perlu walaupun tiada maklumat.
-Mangsa yang terperangkap, selalunya terkejutnya dan saluran pernafasan terganggu.
-Bersih dan pulihkan mangsa.
-Luka remuk, rawat sebelum diserahkan pada medic.

TEKNIK MEMANGGIL DAN MENDENGAR
-Dilaksanakan setelah pengeledahan dibuat.
-Bilangan mangsa terperangkap berkurangan dari
keadaan sebenar.
-Teknik begini berkesan dimasa lampau.
-Sekarang peralatan moden digunakan.

CARANYA:
Ketua meletakkan anggota penyelamat ditempat tertentu :
AMARAN : “SENYAP-SENYAP.. UNTUK MENYELAMAT !”
ANGGOTA : “KUMPULAN PENYELAMAT DISINI !
PENYELAMAT BOLEHKAH KAMU DENGAR SUARA
KAMI !”
-Dengar bersungguh-sungguh.
-Jika tiada jawapan :
Ketuk dinding gelegar, batang paip atau besi-besi yang menjunam kedalam runtuhan.
-Jika ada tindak-balas :
Penyelamat menunjukkan kearah bunyi.
-Ulangi untuk tindak-balas rangsangan

PENGGUNAAN ANJING PENGESAN:
-Penggunaan anjing pengesan yang terlatih.
-Berkesan di Peringkat III.
-Menjimatkan masa.
***Perbelanjaan yang besar untuk melatih dan
membeli.

**PERINGKAT 4
PEMERIKSAAN LANJUTAN DAN
MENGALIH RUNTUHAN YANG DIPILIH.
Mangsa ditemui tetapi tidak dapat dikeluarkan. Jentera
Berat digunakan bergantung kepada :
i-Tempat mangsa berada.
ii-Susunan bangunan.
iii-Cara runtuhan bangunan

**PERINGKAT 5

PEMBERSIHAN RUNTUHAN AM.
Dilakukan setelah semua peringkat dijalankan.
-Dijalankan dengan teratur dan cermat. Pembersihan dijalankan secara rambang.
-Runtuhan dialihkan ke kawasan khas.
-Kemungkinan diperingkat ini mayat-mayat ditemui atau anggota mayat ditemui.
-Pada peringkat ini pembersihan diteruskan kerana operasi menyelamat telah diberhentikan.


0 comments: