Tuesday, July 29, 2008

Plan Menyelamat

Tujuannya:
Untuk mengetahui dan mempelajari bagaimana peringkat-peringkat kerja menyelamat dijalankan. Semuga kita tidak melakukan kesilapan atau kecuaian dalam melakukan “Operasi”. Di samping itu dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

SEKSYEN PENYELAMAT :
Untuk menyelamat bilangan jiwa yang maksima dalam masa yang singkat.
Ianya merupakan satu skuad 8 orang yang berkerja 8 jam dalam satu-satu masa.


FUNGSI :
  1. Menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
  2. Memberi pertolongan cemas.
  3. Membuat penahan/penyokong pada struktur bangunan yang merbahaya atau menghalang lalu-lintas.
  4. Merobohkan bangunan yang runtuh untuk memudahkan kerja-kerja.
  5. Membersihkan/mengalih bahan-bahan runtuhan di jalanraya dan sebagainya.
  6. Membaiki secara kecemasan kemudahan awam.
  7. Mendapat dan mengeluarkan mayat-mayat.


PELAN PENYELAMAT :
BAGI MENENTUKAN KEJAYAAN SESUATU KERJA-KERJA MENYELAMAT ITU TERTAKLUK KEPADA :
1. PENILAIAN YANG PANTAS KEPADA KEDAAN SEMASA SESUATU KEJADIAN.
2.RANCANGAN KERJA YANG SISTEMATIK


RANCANGAN / PANDUAN PENYELAMAT.
A)A)Tinjauan Awal
  • Untuk mendapat penilaian sebenar berhubung
  • i)Bilangan Mangsa.
  • ii)Tempat mangsa di jangka berada.
  • iii)Faktor yang di jangka mengancam keselamatan seperti gas.
  • iv)Keadaan dinding atau tembok runtuhan
  • v)Banjiran di ruang bawah
  • vi)Wayar letrik.
  • Kecekapan anggota meninjau setiap kawasan yang di arah, terutama kawasan yang luas kerana Ketua terpaksa memberi tumpuan kepada kawasan dan anggota.
B)MakluB)mat
-Maklumat awal dari Warden yang meronda.
-Saksi-saksi yang boleh di percayai seperti pegawai polis, saudara-mara, jiran dan lain-lain.
-Maklumat kawasan yang di jangka mangsa jadikan tempat perlindungan atuau berkumpul.
C) Permerhatian
-Ketua Kumpulan akan memastikan peninjauan semula di lakukan.
-Pemerhatian cermat bagaimana runtuhan berlaku, Kedudukan bahagian kemungkinan ada mangsa tercedera seperti tangga, lif, bilik air dan lain-lain.
-Kerja-kerja menyelamat akan bertambah sukar, huru-hara dan kegelapan jika keadaan gambaran sebenar tidak di perolehi.
- Gerakan teratur dalam perancangan misti di ikuti.
-Ketenangan, ketabahan, keberanian dan pengalaman serta latihan menjadi penentu.
-Anggota penyelamat misti berkerjasama, jangan memberi tekanan dan gangguan kepada ketua seperti :
-i) Jangan soal pekara yang tidak perlu.
-ii) Beri pendapat sekiranya perlu.
-iii) Mendengar arahan.
-Iv) Berkerjasama dan sentiasa siap sedia semasa di kehendaki.

D) Penyelamat Mengikut Peringkat
-Tiada peraturan tetap oleh ketua.
-Kerja di lakukan mengikut peringkat supaya perkara mustahak tidak terlupa.
-Memberi penilaian dan mengatur tindakan sewajarnya.
-Perinsip peninjauan di lakukan pada setiap peringkat kerja-kerja penyelamat dari awal hingga akhir.

**PERINGKAT 1
BERHADAPAN DENGAN MANGSA-MANGSA YANG CEDERA RINGAN DI PERMUKAAN.
  • Tanggung-jawab ahli Warden, ambulan dan pertolongan cemas.
  • Penyelamat bersedia terutama kapada mangsa yang memerlukan pemerhatian segera.
  • Keutamaan diberi kepada mangsa kritikal.
  • Ketua kumpulan membuat peninjauan cepat meliputi tempat kerosakan, mendapat dan merekodkan semua maklumat dan jangkaan tepat jumlah mangsa yang cedera dari masa kecemasan.

**PERINGKAT 2
MENYELAMAT SERTA MERTA DAN MEMGELEDAH

BANGUNAN ROSAK RINGAN.
-Mengeluarkan mangsa terperangkap dan cedera ringan.
-Mengeledah bangunan dan rawatan pertolongan cemas pada mangsa yang cedera.
-Mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
-Gunakan laluan yang selamat.
-Awasi ancaman api, letupan gas, retakan dan lain-lain.
-Anggota Penyelamat dilarang “MEROKOK”.
-Pengeledahan bermula dari tingkat bawah.
-Periksa setiap ceruk, sudut serta tempat yang dikuatiri mangsa jadikan tempat perlindungan.


**PERINGKAT 3
MEMERIKSA TEMPAT-TEMPAT YANG BERKEMUNGKINAN TERDAPAT MANGSA TERSELAMAT.
-Periksa tempat yang dijangkakan ada mangsa berlindung seperti struktur bangunan yang kukuh, almari,tangga,ruang bawah dan lain-lain.
-Andaian adalah perlu walaupun tiada maklumat.
  • Mangsa yang terperangkap, selalunya terkejutnya dan saluran pernafasan terganggu.
  • Bersih dan pulihkan mangsa.
  • Luka remuk, rawat sebelum diserahkan pada medic.

TEKNIK MEMANGGIL DAN MENDENGAR
  • Dilaksanakan setelah pengeledahan dibuat.
  • Bilangan mangsa terperangkap berkurangan dari
  • keadaan sebenar.
  • Teknik begini berkesan dimasa lampau.
  • Sekarang peralatan moden digunakan.

CARANYA:
Ketua meletakkan anggota penyelamat ditempat tertentu :

AMARAN : “SENYAP-SENYAP.. UNTUK MENYELAMAT !”
ANGGOTA : “KUMPULAN PENYELAMAT DISINI !
PENYELAMAT BOLEHKAH KAMU DENGAR SUARA
KAMI !”
  • Dengar bersungguh-sungguh.
  • Jika tiada jawapan :
  • Ketuk dinding gelegar, batang paip atau besi-besi yang menjunam kedalam runtuhan.
  • Jika ada tindak-balas :
  • Penyelamat menunjukkan kearah bunyi.
  • Ulangi untuk tindak-balas rangsangan

PENGGUNAAN ANJING PENGESAN:
  • Penggunaan anjing pengesan yang terlatih.
  • Berkesan di Peringkat III.
  • Menjimatkan masa.
  • ***Perbelanjaan yang besar untuk melatih dan
  • membeli.

**PERINGKAT 4
PEMERIKSAAN LANJUTAN DAN
MENGALIH RUNTUHAN YANG DIPILIH.
Mangsa ditemui tetapi tidak dapat dikeluarkan. Jentera
Berat digunakan bergantung kepada :
i-Tempat mangsa berada.
ii-Susunan bangunan.
iii-Cara runtuhan bangunan

**PERINGKAT 5


PEMBERSIHAN RUNTUHAN AM.
Dilakukan setelah semua peringkat dijalankan.
-Dijalankan dengan teratur dan cermat. Pembersihan dijalankan secara rambang.
-Runtuhan dialihkan ke kawasan khas.
-Kemungkinan diperingkat ini mayat-mayat ditemui atau anggota mayat ditemui.
-Pada peringkat ini pembersihan diteruskan kerana operasi menyelamat telah diberhentikan.


Wednesday, July 9, 2008

Rescue 999

Tonton Video Talian Kecemasan 999

RESCUE 999 DAN KONTIGENSI PLAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Am:
1. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mula dikenali umum melalui perkhidmatan RESCUE 991 dan bermula 2 Oktober 2007 Perkhidmatan RESCUE 999 diperkenalkan. RESCUE 999 terdiri dari 2 Komponen utama) Talian Kecemasan 999) Skuad 999 (Kenderaan & Anggota)

OBJEKTIF RESCUE 999
- Melaksanakan tugas sebagaimana yang diperuntukan didalam Akta 221(Akta Pertahanan Awam 1951)
- Membantu mangsa-mangsa bencana,kemalangan atau dalam kesusahan-- Meningkatkan lagi taraf kemahiran anggota-anggota
- Menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi lain

TUGAS RESCUE 999
Terdapat 4 tugas utama dalam perkhidmatan Pertahanan Awam(Civil Defence) iaitu:
-Kerja-kerja menyelamat mangsa
-Bantuan kecemasan Pertolongan Cemas, First Responder
-Perkhidmatan Ambulan dan pengangkutan mangsa dari lokasi kejadian ke Hospital
-Bantuan memadam kebakaran

SEMPADAN TUGAS
Tiada sempadan bertugas kenderaan dan anggota Pertahanan Awam. Mana-mana kenderaan dan anggota boleh digerakkan sekiranya berlaku kemalangan atau bencana besar yang memerlukan kelengkapan dan tenaga yang banyak

Monday, July 7, 2008

MKN 20

Satu mekanisme / garis panduan pengurusan bencana di Malaysia

KEJADIAN BENCANA YANG SERING DIHADAPI
Banjir
Bencana yang kerap dihadapi terutama pantai timur termasuk utara dan Johor


Tanah Runtuh
Sering terjadi di lereng bukit- Tragedi TanahRuntuh di Bukit Lanjan. Highway PLUS Gua Tempurung- Rumah Jen (B) Tan Sri Ismail

Runtuhan Struktur
Termasuk runtuhan seperti bangunan tinggi - Tragedi Highland Towers


Bencana Yang Mungkin Dihadapi
Gempa Bumi
Tornado / Taufan
Tsunami
El Nino


Sejarah MKN 20
18 Mei 1994 diwujudkan organisasi Pengurusan Bencana Besar di darat di tempat kejadian – Keselamatan Negara ( BKN ), Jabatan Perdana Menteri ( JPM ) untuk menyelaraskan tugas mencari dan menyelamat.
Ini kerana tiada agensi yang bertanggung jawab untuk menyelaraskan mekanisme pengurusan bencana termasuk JPAM kerana kekurangan pengalaman dan peralatan

TAKRIF BENCANA
Sesuatu kejadian secara mengejut, dengan kehilangan Nyawa, kemusnahan pada harta benda, alam sekitar dan
menjejaskan aktiviti masyarakat setempat


Special Task Force For Disaster
Kemalangan Udara :
- Ditangani oleh Department Civil Aviation DCA

Kemalangan Nuklear
- Ditangani oleh Agensi Tenaga Atom Malaysia

Kemalangan Maritim :
- Ditangani oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)

TAHAP-TAHAP BENCANA

Tahap 1
- Peringkat Daerah.Tidak merebak ke daerah lain

Tahap 2
- Peringkat Negeri.Merebak melebihi satu daerah dalam satu negeri

Tahap 3
- Peringkat Negara.Merebak melebihi satu negeri dalam Malaysia

Agensi Yang Terlibat Dalam MKN20.

PERISIKAN BENCANA
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA JABATAN REMOTE SENSING MALAYSIA (MACRES)JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JABATAN KERJA RAYA JABATAN ALAM SEKITAR JABATAN MINERAL DAN SUMBER ASLI JABATAN PENERANGAN

COMMAND & CONTROL
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

RESPONDERS
JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM)JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

RELIEF
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KEMENTERIAN KESIHATAN RED CRESCENT (PBSM)


BAHAGIAN KESELAMATAN NEGARA (BKN)
•Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan
Bencana
•Memastikan Jawatankuasa melakasanakan tugas dengan baik
•Menentukan Pos-mortem diadakan selepas bencana •Ketua Pengarah BKN menentukan penugasan SMART
•BKN menyediakan peruntukan keperluan Peranan BKN dalam pengurusan dan bantuan bencana negara.

CHAIN OF COMMAND













ARAHAN
PERINTAH DAN KAWALAN
Dua peringkat perintah dan kawal diwujudkan
> Pos Kawalan Tempat Kejadian ( PKTK )
> Pusat Kawalan Operasi Bencana ( PKOB )
POS KAWALAN TEMPAT KEJADIAN ( PKTK )
Ketua Polis Daerah akan membuka bila kejadian Bencana diputuskan PDRM dan agensi lain menjalankan Pos Kawalan dan peranan tugas:

PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA ( PKOB )
Dibuka mengikut peringkat – Pejabat daerah, Bilik Gerakan
BKN, PDRM
Mempunyai alat komunikasi yang lengkap untuk hubungi PKTK

CARTA PERANAN AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN BANTUAN BENCANA DIT EMPAT KEJADIAN











GARIS PANDUAN – CARTA ALIRAN FASA PERGERAKAN DALAM PENENDALIAN BENCANA









CARTA PENYALURAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PENGURUSAN DAN BANTUAN









ZON-ZON OPERASI
> Zon Merah
> Zon Kuning
> Zon Hijau
Zon Merah – Kawasan operasi khas tempat kejadian, agensi
kepakaran, SMART, JBPM, PDRM, ATM, JPK dan agensi
yang mempunyai kepakaran khas
Zon Kuning – Kawasan mengeliling zon merah,
menempatkan PKTK, SMART, PDRM, ATM, JPK, Pasukan
khas dan JPAM
Zon Hijau – Mengeliling zon kuning, agensi bantuan JKR,
JKM, TNB, STMB, RELA, PBSM dan penempatan Media,
Kaunseling,makanan, tempat rehat dan mayat






PENGISYTIHARAN KEADAAN MALAPETAKA
Dibuat oleh eksekutif YAB PM atas syor Jawatankuasa
Pengurusan Bencana dan Bantuan Bencana Pusat
Apabila diistiharkan semua kos dikendalikan oleh Kerajaan
Persekutuan.

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA PUSAT

KEAHLIAN :
Pengerusi : YB. Menteri yg dilantik oleh YAB PM
Ahli-ahli : YB. Menteri Kewangan
YB. Menteri Perpaduan & Pembangunan
Masyarakat
Ketua Setiausaha Negara
Panglima Angkatan Tentera
Ketua Polis Negara
Ketua Pengarah Kesihatan
Ketua Pengarah Keselamatan Negara
Ketua Pengarah Jabatan Bomba

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA PUSAT

Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan TenagaAtom
Ketua Pengarah Penyiaran
Ketua Pengarah Penerangan
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan
Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam
Ketua Pengarah Jabatan Kerja raya
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
Ketua Pengarah Jabatan Kesel;amatan dan
Kesihatan Pekerjaan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kajicuaca M’sia
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam
Ketua Pengarah Jabatan Kajibumi
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran
Wakil Peguam
Pengarah Belanjawan Kementerian K’Wangan

TUGAS-TUGAS JPAM SEMASA BENCANA
* Membantu menjalankan kerja-kerja menyelamat
* Membantu dan menyelia serta menyelenggara pusat pemindahan dan menyediakan makanan pada mangsa
* Membantu dlm memberi pertolongan cemas mangsa jika perlu

TUGAS-TUGAS AGENSI LAIN
PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT KHAS MALAYSIA (SMART)
Mencari dan menyelamat mangsa dlm kejadian bencana
yg memerlukan bantuan pakar. ( Arahan No 19 )

POLIS DIRAJA MALAYSIA
> Memaklumkan pada agensi berlakunya bencana
> Koordinasi gerakan bencana
> menubuhkan Pos Kawalan
> Mengawal kawasan bencana
> Mencari dan menyelamat nyawa dan harta benda
> Menjalankan siasatan ke atas berlakunya bencana
> Melindungi harta benda
> Membantu melindungi nyawa/harta benda
> Mengumpul dan melindungai maklumat utk siasatan
> memberikan perkhidmatan pengangkutan udara

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
> Mencari dan menyelamat yg terperangkap
> Mencegah insiden menjadi besar
> Mengumpil maklumat dan kaji bahaya
> Berkerjasama dgn polis membuat sempadan / zon
> Memastikan keselamatan semua petugas
> Mengambil kira kesan insiden
> Berkerjasama dgn pegawai perubatan
> Membantu pihak polis mencari mangsa
> Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan dan
bukti.
> Sentiasa bersedia dikawasan insiden

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
* Membantu khidmat anggota
* Membantu menyediakan kenderaan , darat, Udara dan laut
* Membantu keperluan peralatan jentera
* Menyediakan khidmat kepakaran
* Membantu kerja binaan
* Menyediakan khidnat penyelam
* Melaksanakan kerja-kerja mencari dan menyelamat
* Menyediakan ambulance utk pertolongan cemas
* Menyediakan pegawai perantaran
* Memberikan khidmat bantuan segera

PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN
* Memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan
* Merawat kecemasan utk mangsa terperangkap
* Memberikan perkhidmatan ambulan , pra-hospital dan
pengangkutan

PERKHIDMATAN PANGKALAN PERUBATAN
* Memberi rawatan kecemasan utk mangsa dan penyelamat
* Memberikan perkhidmatan forensik
* Memberikan pembekalan ubat-ubatan
* Memberikan khidmatan kesihatan dan kawalan penyakit
* Khidmat psikologi ( Post trauma )




TAKRIF PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

  • SEMASA PEPERANGAN
    Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.
  • SEMASA AMAN
    Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Seksyen (2) - Tafsiran
“angkatan pertahanan awam” dan perkhidmatan pertahanan awam” ertinya angkatan dan perkhidmatan yang ditubuhkan semata-mata atau terutamanya untuk memenuhi kehendak pertahanan awam;
"pertahanan awam” meliputiapa-apa langkah yang tidakterjumlah kombat sebenar bagimengadakan pertahananterhadapapa-apa bentuk seranganpermusuhan daripada keseluruhanatau sebahagian dari akibatnya, sama adalangkah itu diambilsebelum masa, semasa atau selepasmasa serangan itu.

Seksyen 4 :
Perlantikan Ketua Pengarah dan Penolong-Penolong Ketua Pengarah Pertahanan Awam dibuat oleh Yang DiPertuan Agong

Seksyen 7:
7(1) Yang Di Pertuan Agong melalui perisytiharan boleh memanggil berkhidmat seluruh atau mana-mana bahagian.

7(2) Anggota angkatan atau perkhidmatan yang dipanggil mengikut sub seksyen (1) hendaklah melapur diri seperti mana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam.

Seksyen 3 : Kuasa Menteri

3(1) Menteri boleh membuat apa-apa kaedah yang didapati perlu dan bermanafaat bagi pertahanan awam

3(2) Kaedah-kaedah yang boleh dibuat :
(a) penubuhan pasukan
(b) mengelola, melengkapi dan melatih bagi maksud pertahanan awam kepada kakitagan jabatan/organisasi
( c) mengajar orang awam
(d) membekal, menyimpan dan menyenggara komoditi-komoditi dan benda-benda yang dikehendaki
(e) menyedia, membina, menyenggara dan mengubah premis, struktur dan penggalian
(f) merekuisisi, membeli dan menyewa tanah, bagunan-bangunan, bahan-bahan harta dan barang-barang yang dikehendaki
(g) mentaksir dan membayar saraan atau pampasan berkenaan dengan semua perkara yang dilakukan. Membayar pampasan berkenaan dengan apa kecederaan fizikal yang dilakukan oleh seseorang anggota angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam
(h) penubuhan badan-badan dan perlatikan pegawai-pegawai di Negeri-Negeri
(i) mengenakan penalti bagi apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana kaedah - tidak melebihi 3 tahun atau denda lima ribu ringgit

Seksyen 5 : Membuat Peraturan
Ketua Pengarah Boleh membuat peraturan berkaitan:
pengelolaan ,kakitangan angkatan dan perkhidmatan, tugas, kelengkapan, latihan pengajaran orang awam

Seksyen 8: Kerja-kerja Bantuan dan Pemulihan

Ketua Pengarah dengan persetujuan Menteri, boleh mengarah angkatan atau perkhidmatan untuk kerja bantuan atau memberi perlindungan, atau mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatna nyawa, orang atau harta benda apabila berlaku bencana atau bencana akan menimpa atau selepas bencana.